Pages

Friday, June 5, 2020

LELAKI SEMUA SAMA !!!

Salam dah lama aku tak menulis...
Busy uruskan rumah, diri sendiri, adik istimewa...
Kadang sampai takda masa untuk diri sendiri...
Penat ??? Sungguh penat...
Diusia semuda ini... 
Aku banyak belajar erti tanggungjawab pada diri sendiri dan keluarga...
Mananya nak fikir ttg pelajaran aku... Adik istimewa aku lagi yg semakin besar semakin memerlukan perhatian yg sangat banyak terutama dari aku dan mama...
Yang lain ??? Hmmm malas nak cerita... Hati pun nanti sakit...
Kadang rasa cemburu dgn mereka yg seusia aku...
Tak perlu nak penat2 fikir ttg tanggungjawab...
Tak perlu susah payah nak hadap " AYAH " nya sendiri dgn penuh rasa BENCI dan MENJENGKELKAN...
Kadang tuuu lagi penat hadap org tua tu dri hadap urusan seharian...
Sakit otak... Boleh mentak tauu...
Aku tak tahu lah knp ALLAH uji aku dgn perangai ayah yg sebegini...
Dah lah tak reti menghargai... Menyakitkan hati pula tu... ALLAHUUU PENATNYAAA 😭😭😭
Cuma satu yg aku harapkan agar segala yg aku tempuh selama ni mendatangkan seribu satu hikmah dalam kehidupan aku pada mada akan dtg...
Bagi aku... Cukup bersyukur... Jika ALLAH anugerahkan aku masa hadapan yg indah dan cerah agar aku dpt balas segala pahit duka sedih dn kecewa mama...
Selain tu aku juga akan cukup bersyukur jika ALLAH anugerahkan aku SEORANG SUAMI yang sangat sangat MEMAHAMI diriku seperti mana mama cuba memahami diriku... SEORANG SUAMI yang PENYAYANG yang tuturkan kata cukup melembutkan dn mecairkan hati ini... SEORANG SUAMI yang mempunyai ILMU AGAMA yang tinggi cukup utk membimbing keluarga kejalan yang diredhai ALLAH... Serta yang bukan sahaja belajar dn mendengar ilmu agama BAHKAN MENGAMALKANNYA... Kerana itulah yg akan mendamping dirinya sebagai hamba ALLAH yg lebih mulia disisinya... SEORANG SUAMI yang berharta yang tidak kedekut dan mengungkit2 dgn apa yg telah diberikan kepada isteri dn anak2nya... SEORANG SUAMI yang BERTANGGUNGJAWAB yang tahu apa yg perlu dilakukan dan difikirkan yg terbaik utk dirinya dn keluarganya TANPA PERLU DISURUH DAN DIINGATKAN... SEORANG SUAMI yang pandai MANGAMB HATI isteri dn anak2nya kerana disitulah yg akan melambangkan atau mencerminkan imej sesebuah keluarga yang sentiasa ceria, lemah lembut, dn mempunyai classnya yg tersendiri... 
Haha ckp mcm sikit je kann tapi itulah manusia sentiasa inginkan yg sempurna bukan cuba untuk jadi sempurna... ALLAHUUU
Okeylah cukup setakat ini sahaja coretan hatiku saat ini... 
Penat kemas rumah tu yg sibuk nk rehat sambil luahkan isi hati... Lepasni nak siang ayam pula haihhh... 🥴
Takpalah niat aku cuma satu... 
Aku buat semua ni sbb takna mama penat tu jeee 🙃
Aku penat takpa... Aku muda kann...
Walaupun ayah selalu ckp aku ni TAKDA FUNCTION, USELESS, SELALU BERLAKON DPN MAMA but u know what ONLY ALLAH KNOWS WHAT AM I DOING AND ONLY ALLAH WILL PAY ALL THIS HARD WORK WITH HIS BLESSINGS... 
Ya Allah bersihkan hatiku dari sentiasa bersangka buruk pada org dn bersihkan lah hatiku daripd membenci org... 
Amin ya rabb... Panjang pulak penutupnya 😅
Okey bye....

Saturday, June 11, 2016

Mom and Daughter 😭

Assalamualaikum !
Malam yang sungguh hiba...
Usai ja solat sunat terawikh tiba2 hati ni rasa nak sangat peluk mama...
Lalu aku pun salam dan kucup tangan mama sambil meluahkan isi hati...

" mama, kakak minta maaf kalau ada salah silap... terkasar bahasa... tertinggi suara... sepanjang kakak 2 minggu kat sini... thanks 4 everything 😢 masakkan sedap2... layan kakak "
" mama pun nak minta maaf pada kakak... terima kasih sbb dh tolong mama jaga adik... lepasni mama dh takda kawan lagi nak borak nak gaduh... 😭 "

*aku dan mama saling berpelukan dan menangis...

Allahu tak terkata rasa sedih hati ni nak tinggalkan mama... bila tengok mama nangis tu... sebak hati ni tak mampu nak menahannya...
Tiba2 teringat kenangan dengan mama sepanjang cuti ni... bangun tahajud sama2... siapkan juadah bersahur dan berbuka sama2... borak sama2... ketawa sama2... 😢

Okey lah itu ja nak dicoretkan buat malam ini bye goodnight...
Assalamualaikum

#trustAllah
Tabarakallah

Friday, June 10, 2016

#CampakBalik






Assalamualaikum de' bloggers !! Harini nak cerita serba sedikit tentang gambar di atas tu. Itu gambar aku dan mamaku... Namanya Hasimah Binti Mohd Mokhtar. Umurnya 50 tahun *i still cant accept this fact!. Beliau merupakan seorang yang sangat penyayang dan dalam masa yang sama tegas! Istimewanya dia dimataku kerana dia seorang yang sangat berkerja keras demi memastikan anak2nya mendapatkan sesuatu yang diingininya. Beliau juga merupakan seorang IBU yang tabah dan sabar dalam melayani kerenah kami adik beradik. Walau teruk macam mana pun perangai kami dia tidak pernah sekalipun mengeluarkan kata-kata kesat kepada kami. Malah beliau mendoakan kebahagiaan kami. Allahu! sungguh tidak ternilai MALAIKAT yang engkau kirimkan buat kami ini Ya Allah! Panjangkan lah umurnya Ya Allah.. Sihatkan lah tubuh badannya Ya Allah.. Rasa sedih pulak pagi Jumaat yang penuh Barakah ni. Al maklumlah lagi 2 hari nak balik asrama :') JUJUR aku kata aku SAYANG sangat pada beliau. Bila di asrama, HATI ini sering terdetik banyak persoalan.. Sihatkah dia.. Sudah makankah dia.. Apa khabarnya.. Sudah sampai kerumahkah dia.. macam-macam persoalan dan tanda tanya. Kalau tak telefon sehari rasa tak tentu hala diri ini. Sungguh BERMAKNA dia buatku. 


#trustAllah
Tabarakallah

Thursday, June 9, 2016

Puasa tanpa KELUARGA 😢

Assalamualaikum!
Tahun merupakan tahun pertama aku puasa tanpa keluarga... huaaaa sedihnya Allah saja yang tahu... 
Lepasni dh tak merasa dh masakan nasi goreng campak2 mama yang campak mcm mana pun rasa tetap cenggini  tak mcm nasi goreng DM kat asrama nun... nasi goreng campak2 dia bila mkn rasa nak campak ja hahahah jahat nya aku ...
Lepasni dh tak merasa dh sahur dn berbuka hadap muka family yg super duper funny + annoyying + loving tuuuuuu
Lepasni dh tak dengar dh suara mengada + bergaduh nak rebut makanan mcm lah makanan tu lari... mcm lah kuat sgt nak pelahap semua... act dengki ja kat dorang tu 
Lepasni dh takda sapa nak kejutkan sahur dgn suara yg lemah lembut *kak... bgn sahur nnti lambat terlepas pulak* i'll miss that 
Ya Allah tabahkan hati hambamu ini...
No worries HANANI u do this 4 ur own future! Be Strong as Strong and SADO as ur Abang Ragbi   Haish tu yang PEMBAKAR SOMANGAT den kek sano  ewahhhh
#trustAllah
Tabarakallah

Friday, April 1, 2016

Aktiviti Asrama

5:30 Bangun Pagi
6:00 Solat subuh
6:30 Makan Sarapan
7:00 Sekolah, Solat Zuhur , Makan Tghhari
3:30 Balik And Continue Prep 😫
4:30 Solat Asar
5:10 Riadah 😤
6:10 Mandi And Basuh Baju 😣
6:30 Makan Malam
7:20 Solat Manghrib Isyak
9:00 Prep
10:30 Tido
*nampak ringkas tapi padat ! Penat nak oi penat

Koko  :-
PBSM
CATUR
KELAB KERJAYA

Penglibatan di sekolah :-
Tilawah Alquran dan Hafazan
Silat

So ya thats all

#trustAllah
Tabarakallah

ASRAMA!

Assalamualaikum Hye! Kita tak perlu muqadimah ya... Alhamdulillah dengan results PT3 ya tak seberapa tu dapat juga mencapai impian parents nak masukkan aku kat sekolah berasrama! Ya nama sekolah baru aku SMT TUANKU JA'AFAR SEREMBAN... 😉 Mula2 masuk sekolah tu rasa mcm nak give up ja... dengan jadual padat nya dengan nak prep nya lagi nak basuh baju lagi argghhhhhh stresssss!!!! Kalau kat rumah tu ha letak ja baju dlm mesin then buat hw... kan senang... minggu 1 ja hari2 call mama nangis2 hahahhaha lawak pulak rasanya... 😂 setiap malam tido ngan gambar mama al maklum lah tak penah berpisahhhh 😢 tapi lepastu bile dh dpt sesuaikan diri ha kauuuu rase rindu pun dh kuranggg!!! 😅 Baru lah ade MOOD nak cari pemilik kunci hati ini hahahhahaha aip2 ingat tujuan asal! Ouch teringat kat ABG BADAR! 😍 So itu jelah pasal kehidupan baru di asrama

#trustAllah
Tabarakallah

Sunday, January 31, 2016

Am i really 16 years old ?! 😲

Assalamualaikum! Hye!

MashaAllah dah berhabuk blog ni lama sgt tak di buka dek kekangan masa... bak kata Pn Yus " masa mencemburui kita "... *mcm tak kena ja 😕

Allahuakbar! Pejam celik pejam celik Ya Allah sekejapnya dah masuk form 4 😩 Mula2 ingat masuk form 4 ni boleh tarik nafas lega tapi huh rasa macam tak bernafas lagi adalah... H/w nya 1 hari mcm 3 hari punya h/w 😤... So ya... thats why susah nak luangkan masa dgn bnd2 lain... okey lah bye... lain kali kita sambung ya
Tabarakallah

#trustAllah