Pages

Saturday, June 11, 2016

Mom and Daughter 😭

Assalamualaikum !
Malam yang sungguh hiba...
Usai ja solat sunat terawikh tiba2 hati ni rasa nak sangat peluk mama...
Lalu aku pun salam dan kucup tangan mama sambil meluahkan isi hati...

" mama, kakak minta maaf kalau ada salah silap... terkasar bahasa... tertinggi suara... sepanjang kakak 2 minggu kat sini... thanks 4 everything 😢 masakkan sedap2... layan kakak "
" mama pun nak minta maaf pada kakak... terima kasih sbb dh tolong mama jaga adik... lepasni mama dh takda kawan lagi nak borak nak gaduh... 😭 "

*aku dan mama saling berpelukan dan menangis...

Allahu tak terkata rasa sedih hati ni nak tinggalkan mama... bila tengok mama nangis tu... sebak hati ni tak mampu nak menahannya...
Tiba2 teringat kenangan dengan mama sepanjang cuti ni... bangun tahajud sama2... siapkan juadah bersahur dan berbuka sama2... borak sama2... ketawa sama2... 😢

Okey lah itu ja nak dicoretkan buat malam ini bye goodnight...
Assalamualaikum

#trustAllah
Tabarakallah

Friday, June 10, 2016

#CampakBalik






Assalamualaikum de' bloggers !! Harini nak cerita serba sedikit tentang gambar di atas tu. Itu gambar aku dan mamaku... Namanya Hasimah Binti Mohd Mokhtar. Umurnya 50 tahun *i still cant accept this fact!. Beliau merupakan seorang yang sangat penyayang dan dalam masa yang sama tegas! Istimewanya dia dimataku kerana dia seorang yang sangat berkerja keras demi memastikan anak2nya mendapatkan sesuatu yang diingininya. Beliau juga merupakan seorang IBU yang tabah dan sabar dalam melayani kerenah kami adik beradik. Walau teruk macam mana pun perangai kami dia tidak pernah sekalipun mengeluarkan kata-kata kesat kepada kami. Malah beliau mendoakan kebahagiaan kami. Allahu! sungguh tidak ternilai MALAIKAT yang engkau kirimkan buat kami ini Ya Allah! Panjangkan lah umurnya Ya Allah.. Sihatkan lah tubuh badannya Ya Allah.. Rasa sedih pulak pagi Jumaat yang penuh Barakah ni. Al maklumlah lagi 2 hari nak balik asrama :') JUJUR aku kata aku SAYANG sangat pada beliau. Bila di asrama, HATI ini sering terdetik banyak persoalan.. Sihatkah dia.. Sudah makankah dia.. Apa khabarnya.. Sudah sampai kerumahkah dia.. macam-macam persoalan dan tanda tanya. Kalau tak telefon sehari rasa tak tentu hala diri ini. Sungguh BERMAKNA dia buatku. 


#trustAllah
Tabarakallah

Thursday, June 9, 2016

Puasa tanpa KELUARGA 😢

Assalamualaikum!
Tahun merupakan tahun pertama aku puasa tanpa keluarga... huaaaa sedihnya Allah saja yang tahu... 
Lepasni dh tak merasa dh masakan nasi goreng campak2 mama yang campak mcm mana pun rasa tetap cenggini  tak mcm nasi goreng DM kat asrama nun... nasi goreng campak2 dia bila mkn rasa nak campak ja hahahah jahat nya aku ...
Lepasni dh tak merasa dh sahur dn berbuka hadap muka family yg super duper funny + annoyying + loving tuuuuuu
Lepasni dh tak dengar dh suara mengada + bergaduh nak rebut makanan mcm lah makanan tu lari... mcm lah kuat sgt nak pelahap semua... act dengki ja kat dorang tu 
Lepasni dh takda sapa nak kejutkan sahur dgn suara yg lemah lembut *kak... bgn sahur nnti lambat terlepas pulak* i'll miss that 
Ya Allah tabahkan hati hambamu ini...
No worries HANANI u do this 4 ur own future! Be Strong as Strong and SADO as ur Abang Ragbi   Haish tu yang PEMBAKAR SOMANGAT den kek sano  ewahhhh
#trustAllah
Tabarakallah