Pages

Friday, June 10, 2016

#CampakBalik






Assalamualaikum de' bloggers !! Harini nak cerita serba sedikit tentang gambar di atas tu. Itu gambar aku dan mamaku... Namanya Hasimah Binti Mohd Mokhtar. Umurnya 50 tahun *i still cant accept this fact!. Beliau merupakan seorang yang sangat penyayang dan dalam masa yang sama tegas! Istimewanya dia dimataku kerana dia seorang yang sangat berkerja keras demi memastikan anak2nya mendapatkan sesuatu yang diingininya. Beliau juga merupakan seorang IBU yang tabah dan sabar dalam melayani kerenah kami adik beradik. Walau teruk macam mana pun perangai kami dia tidak pernah sekalipun mengeluarkan kata-kata kesat kepada kami. Malah beliau mendoakan kebahagiaan kami. Allahu! sungguh tidak ternilai MALAIKAT yang engkau kirimkan buat kami ini Ya Allah! Panjangkan lah umurnya Ya Allah.. Sihatkan lah tubuh badannya Ya Allah.. Rasa sedih pulak pagi Jumaat yang penuh Barakah ni. Al maklumlah lagi 2 hari nak balik asrama :') JUJUR aku kata aku SAYANG sangat pada beliau. Bila di asrama, HATI ini sering terdetik banyak persoalan.. Sihatkah dia.. Sudah makankah dia.. Apa khabarnya.. Sudah sampai kerumahkah dia.. macam-macam persoalan dan tanda tanya. Kalau tak telefon sehari rasa tak tentu hala diri ini. Sungguh BERMAKNA dia buatku. 


#trustAllah
Tabarakallah

No comments:

Post a Comment